More

    CEO dan Presiden Xiaomi sahkan Xiaomi 14 Ultra, mungkin dilancar pada Februari 2024

    Khabar angin tentang telefon pintar andalan Xiaomi 14 Ultra telah mula disebarkan sejak bulan lalu, dan kini beberapa ahli eksekutif Xiaomi sudah mengesahkan kewujudan peranti tersebut.

    Dalam platform media sosial Weibo, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Xiaomi, Lei Jun, dan Presiden Xiaomi, Lu Weibing, telah menulis beberapa kenyataan yang mengesahkan pelancaran Xiaomi 14 Ultra pada masa hadapan. Lei Jun berkata Lu Weibing akan memikul tanggungjawab sebagai pengurus umum Xiaomi dan akan membuat penampilan sewaktu pelancaran Xiaomi 14 Ultra kelak.

    Kenyataan Lei Jun dalam Weibo
    Kenyataan Lu Weibing dalam Weibo

    Buat masa ini, spesifikasi atau rupa Xiaomi 14 Ultra masih belum diketahui. Ia dijangka bakal mempunyai teknologi kamera yang dibina bersama Leica, dengan nilai apertur yang boleh berubah untuk lensa kamera utama di antara f/1.63 hingga f/2.5. Sementara itu, lensa telefoto juga dikhabarkan mempunyai nilai apertur boleh ubah antara f/2.5 hingga f/3.0.

    Spesifikasi lain yang dikhabarkan untuk Xiaomi 14 Ultra termasuklah cipset Snapdragon 8 Gen 3, RAM sehingga 16GB, bateri 5,180mAh dan pengecasan pantas 90W. Ia juga akan menawarkan komunikasi satelit untuk situasi kecemasan.

    Pada masa yang sama, beberapa badan pengiktirafan teknologi di beberapa negara seperti 3C di China, BIS di India dan IMDA di Singapura telah menyenaraikan Xiaomi 14 Ultra dalam pangkalan data mereka.

    Xiaomi 14 Ultra dijangka akan dilancarkan dalam acara Mobile World Congress (MWC) yang akan berlangsung di Barcelona, Sepanyol pada akhir bulan ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Weibo Lei Jun, Lu Weibing

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured