More

    CEO Nvidia beri amaran China hampir menyaingi Amerika dalam perlumbaan AI

    Ketua Pegawai Eksekutif Nvidia, Jensen Huang, memberi amaran bahawa China semakin hampir menyaingi Amerika Syarikat dalam perlumbaan global kecerdasan buatan (AI) sambil menyatakan negara itu boleh “memenangi perlumbaan AI” jika Washington terus memperlahankan inovasi akibat sekatan dan peraturan berlebihan. Huang menyifatkan kemajuan China kini hanya “beberapa nanosaat di belakang Amerika” dalam bidang AI.

    Tambahnya, Amerika Syarikat perlu mempercepatkan pembangunan AI, bukan menyekatnya dengan menekankan pentingnya memenangi sokongan pembangun di seluruh dunia. Huang turut menyorot bagaimana sokongan kerajaan China melalui subsidi tenaga dan pelaburan besar dalam penyelidikan AI serta pembuatan semikonduktor telah mewujudkan ekosistem yang semakin setanding dengan Amerika daripada segi skala dan visi.

    Walaupun China masih berdepan kekangan teknologi, komuniti pembangun dan dasar nasional mereka sangat fokus terhadap matlamat berdikari dalam AI. Dalam masa sama, Huang mengkritik langkah larangan eksport cip AI Nvidia Blackwell ke China oleh kerajaan AS atas alasan keselamatan negara dengan mendakwa tindakan itu melemahkan daya saing Amerika dan mendorong China mempercepatkan pembangunan cip buatan sendiri.

    Beliau turut menyebut peraturan AI peringkat negeri dan kos tenaga tinggi sebagai faktor yang mengekang inovasi di AS. Nvidia kekal sebagai syarikat paling bernilai di dunia dengan nilai pasaran sekitar AS$4.7 trilion. Kenyataan Huang hadir ketika ketegangan teknologi antara AS dan China terus meningkat dengan Washington menumpukan sekatan terhadap perkakasan AI manakala Beijing menggandakan pelaburan dalam inovasi tempatan.

    Beliau menegaskan, Amerika perlu memimpin melalui inovasi dan kerjasama, bukan pengasingan Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: SCMP

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...