More

    CEO OnePlus sahkan bahawa siri telefon OnePlus baru akan diperkenalkan

    CEO OnePlus Pete Lau telah berkongsi sebuah mesej dalam forum OnePlus di mana beliau mengumumkan barisan produk baharu daripada syarikat tersebut, yang akan menampilkan telefon pintar yang lebih mampu milik. Beliau tidak memberikan nama barisan produk baru itu, namun meninggalkan nama akaun Instagram yang dinamakan “onepluslitezthing“.

    Pete mengatakan produk tersebut akan dipasarkan di Eropah dan India terlebih dahulu, kemudian di Amerika Utara. Pembangunan produk tersebut diketuai oleh Paul Yu yang memainkan peranan dalam peranti flagship OnePlus sejak lima tahun lalu.

    Di samping itu, Pete juga mengatakan barisan produk ini dibina oleh sekumpulan pekerja OnePlus yang “muda, kreatif dan bersemangat”, jadi ini mungkin petanda bahawa produk ini akan diketengahkan kepada kepada golongan belia.

    Bagaimana agaknya rupa telefon baru OnePlus ini? Kongsi ramalan anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Forum OnePlus

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured