More

    CEO OpenAI tegaskan bahawa AI tidak akan gantikan tugas manusia secara holistik

    Ketua Pegawai Eksekutif OpenAI, Sam Altman, menolak kebimbangan bahawa kecerdasan buatan (AI) akan menggantikan manusia secara menyeluruh yang menyifatkan pandangan tersebut sebagai “terlalu pesimis” dalam jangka panjang. Beliau menegaskan bahawa matlamat utama OpenAI adalah untuk membangunkan teknologi yang mampu meningkatkan serta memperkasa keupayaan manusia dan bukannya menggantikan peranan mereka sepenuhnya.

    Kenyataan tersebut hadir ketika kebimbangan terhadap kehilangan pekerjaan semakin meningkat khususnya di Amerika Syarikat susulan gelombang pemberhentian pekerja dalam pelbagai industri. Beberapa syarikat dilaporkan mengaitkan pengurangan tenaga kerja secara langsung dengan penggunaan AI yang mencetuskan persoalan terhadap kelangsungan peranan tradisional.

    Antara kes yang mencuri perhatian melibatkan King, pembangun di sebalik Candy Crush Saga yang dilaporkan memberhentikan sebahagian pembangun selepas mereka menghasilkan alat AI yang mampu menjana tahap permainan secara automatik. Keresahan ini turut diperhebatkan oleh kenyataan Dario Amodei, Ketua Pegawai Eksekutif Anthropic yang menjangkakan AI berpotensi menulis hampir keseluruhan kod perisian dalam tempoh 6 hingga 12 bulan akan datang.

    Ramalan tersebut mengukuhkan lagi persepsi bahawa AI bakal menguasai sebahagian besar tenaga kerja global. Namun, Altman mengambil pendirian berbeza. Menurut beliau, AI sememangnya akan mengubah landskap pekerjaan tetapi tidak akan menghapuskan keperluan terhadap manusia. Sebaliknya, tenaga kerja dijangka beralih ke arah tugasan yang lebih bernilai tinggi dan bermakna.

    Beliau menegaskan bahawa masa depan pekerjaan akan ditentukan oleh keupayaan manusia untuk menyesuaikan diri dengan teknologi baharu dan bukan digantikan olehnya. Dalam jangka panjang, Altman membayangkan dunia di mana AI mengurangkan keperluan kerja berat yang membuka ruang kepada gaya hidup yang lebih fleksibel dan seimbang.

    Walaupun perdebatan dalam industri masih berterusan, pendirian beliau mencerminkan pendekatan lebih optimistik iaitu manusia dan AI sebagai rakan kolaborasi, bukan pesaing. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...