More

    CEO realme India beri petunjuk teknologi pengecasan pantas 121W

    Semalam kita sudah pun dilaporkan tentang teknologi pengecasan pantas daripada iQOO dan OPPO, pada hari ini realmu pula yang mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan teknologi pengecasan pantas mereka sendiri. CEO realme India Madhav Sheth tidak memberitahunya secara jelas namun sekadar memberi petunjuk di dalam sebuah ciapan.

    Beliau meletakkan 121 emoji kilat di dalam Twitter beliau, jadi mungkin ini adalah petunjuk untuk teknologi pengecasan 121W Ultra Dart. Di samping itu, Naib Presiden realme Xu Qi pula memberi petunjuk bahawa syarikat itu akan mengumumkan teknologi pengecasan pantas Ultra Dart yang berkadar 100W.

    Memandangkan kini terdapat dua sumber berita yang mengatakan kadar kuasa pengecasan berbeza, sukar untuk kita kenal pasti kadar pengecasannya pada waktu ini. Apa yang pasti adalah realme kini sedang bersiap untuk melancarkan teknologi pengecasan pantas yang baru.

    Apakah pendapat anda tentang kadar kuasa teknologi pengecasan pantas realme ini? Kongsi ramalan anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Twitter Madhav Sheth

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...