More

    CEO realme kongsi gambar realme X9, mungkin realme V15 yang dijenamakan semula

    CEO realme India dan realme Eropah Madhav Sheth telah berkongsi gambar pratonton untuk telefon seterusnya dalam siri realme X. Beliau tidak menunjukkan keseluruhan rupa bentuk telefon tersebut, namun berkongsi ketebalannya yang sama dengan ketebalan enam kad kredit.

    Walaupun ia disahkan adalah telefon realme X, beliau tidak memperincikan namanya secara spesifik. Terdapat media yang melaporkan bahawa ini adalah realme X9 iaitu realme V15 5G yang dijenamakan semula untuk pasaran antarabangsa.

    Perbandingan antara gambar yang dikongsi Madhav (kiri) dan realme V15 5G (kanan)

    realme V15 5G telah dilancar untuk pasaran China pada awal bulan ini. Berdasarkan gambar realme X9 yang dikongsi Madhav, kita boleh lihat rupanya yang sama dengan relame V15, terutamanya pada warna tiga tona dan kehadiran slogan “Dare To Leap” di bahagian kanan.

    Jika realme X9 adalah realme V15 yang dijenamakan semula, telefon ini tidak mempunyai bicu audio 3.5mm atau ruang kad microSD. Ia adalah telefon kelas pertengahan yang dilengkapi cipset Dimensity 800U, skrin Super AMOLED 6.4 inci, tiga kamera 64MP, bateri 4,310mAh dan pengecasan pantas 50W.

    Kita akan tunggu maklumat seterusnya daripada Madhav tentang telefon realme X ini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured