More

    CEO TikTok risau pekerjanya meluangkan terlalu banyak masa dalam Genshin Impact

    CEO untuk ByteDance, syarikat China yang bertanggungjawab membina aplikasi media sosial TikTok, kini risau jika para pekerjanya menghabiskan terlalu banyak masa untuk game Genshin Impact pada waktu pekerjaan. Zhang Yiming mengatakan pekerjanya bercakap terlalu banyak tentang game itu pada waktu bekerja.

    Dalam sebuah tangkapan skrin (screenshot) yang menunjukkan perbualan dalam sebuah kumpulan sembang (group chat) di kalangan pekerjanya untuk membincangkan game tersebut, Zhang menulis satu mesej mengatakan para pekerjanya berbincang terlalu banyak tentang Genshin Impact pada waktu kerja.

    Antara mesej beliau ialah, “terdapat ratusan mesej sejak pukul 10:00 pagi. Saya risau jika kamu semua yang telah banyak bersembang dalam kumpulan ini sejak pagi mempunyai banyak masa lapang pada waktu kerja. Adakah ini selalu berlaku?”. Tangkapan skrin tersebut telah tular di kalangan netizen China dan mendapat pelbagai reaksi daripada mereka.

    Pada asalnya, Zhang menyertai kumpulan sembang itu untuk mencuba Genshin Impact yang telah pun diiktiraf sebagai game terbaik dalam Apple App Store dan Google Play Store. Namun kini beliau risau akan produktiviti para pekerjanya yang lebih meluangkan masa berborak tentang game itu daripada melakukan tugasan.

    Adakah anda pemain tegar Genshin Impact? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: SCMP

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured