More

    CEO Xiaomi beri amaran bahawa harga telefon akan naik tahun depan

    Xiaomi memberi amaran bahawa pengguna perlu bersedia menghadapi kenaikan harga telefon pintar pada tahun hadapan yang didorong oleh lonjakan kos cip memori global. Perkembangan ini dijangka memberi kesan kepada hampir semua pengeluar berikutan permintaan yang semakin tinggi terhadap komponen sama untuk pelayan kecerdasan buatan (AI server).

    Dalam laporan kewangan terbaharu bagi suku ketiga 2025, Xiaomi menjelaskan bahawa kos memori DRAM dan NAND Flash kini meningkat secara konsisten akibat persaingan yang semakin sengit dalam industri semikonduktor. Pelayan AI dan pusat data yang menyokong model generatif menggunakan cip memori berkapasiti besar akan menimbulkan tekanan terhadap bekalan dan menolak harga komponen naik.

    Xiaomi menyatakan bahawa walaupun mereka menunjukkan peningkatan hasil Q3 sebanyak 22% dan jualan telefon pintar kekal stabil, kos komponen kritikal sudah mula menjejaskan margin dan akan dibawa kepada harga jualan pada 2026 jika trend ini berterusan. Kenaikan harga telefon pintar sebenarnya bukan perkara baharu kerana kos cip pemproses meningkat setiap tahun.

    Namun, tahun 2026 dijangka menyaksikan lonjakan lebih ketara susulan RAM dan storan turut mengalami peningkatan harga. Sebagai contoh, pelancaran Redmi K90 Pro Max jauh lebih mahal berbanding Redmi K80 Ultra tahun lalu. Model global seperti siri POCO F8 yang dijangka berasaskan Redmi K90 juga bakal menjadi penanda aras perbandingan harga apabila dilancarkan kelak.

    Walaupun situasi ini kurang menggembirakan, pengguna masih mempunyai pilihan seperti membeli model tahun sebelumnya dan ada kemungkinan permintaan yang lebih rendah pada 2026 boleh menstabilkan atau menurunkan harga pada 2027.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Reuters

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured