More

    CES 2026: Acer perkenal siri Swift AI (2026) sebagai generasi baharu Copilot+ PC

    Acer hari ini memperkenalkan barisan komputer riba Swift AI untuk 2026 dengan Copilot+ PC generasi baharu berasaskan Windows 11. Barisan ini merangkumi Swift 16 AI, Swift Edge AI yang menampilkan rekaan ultra ringan bawah 1 kilogram serta Swift Go AI dalam pilihan skrin 14 dan 16 inci.

    Acer Swift 16 AI (SF16-71T) diposisikan sebagai model mercu yang dibina menggunakan badan aluminium dan dikuasakan sehingga pemproses Intel Core Ultra X9 388H bersama grafik terbina Intel Arc B390. Ia dilengkapi pad sentuh haptik terbesar di dunia bersaiz 175.5 mm x 109.7 mm dengan nisbah 16:10 serta sokongan stilus MPP 2.5.

    Paparan OLED sentuh 16 inci 3K WQXGA+ disahkan VESA DisplayHDR True Black 500, menyokong kadar segar semula 120Hz dan liputan warna 100% DCI-P3. Sistem audio menggunakan pembesar suara dwi DTS:X Ultra dengan teknologi anti-getaran manakala kamera FHD IR menyokong Windows Hello.

    Sambungan merangkumi Wi-Fi 7, Bluetooth 5.4, dua port Thunderbolt 4 Type-C, USB Type-A, HDMI 2.1 dan slot MicroSD. Acer Swift Edge AI hadir dalam dua varian iaitu Swift Edge 14 AI (SFE14-I51/T) dan Swift Edge 16 AI (SFE16-I51/T) yang memfokuskan rekaan nipis dan ringan dengan ketahanan piawaian ketenteraan MIL-STD 810H.

    Model Swift Edge 14 AI seberat bawah 1 kilogram dengan ketebalan 13.95 mm dan menggunakan badan aloi keluli tahan karat-magnesium. Kedua-dua model dikuasakan sehingga pemproses Intel Core Ultra 9 386H dengan grafik Intel terbina, menyokong memori sehingga 32GB LPDDR5x dan storan sehingga 1TB PCIe 4.0 SSD.

    Paparan OLED sentuh sehingga 3K WQXGA+ menyokong kadar segar semula 120Hz. Ia turut dilengkapi pad sentuh multi-kawalan, kamera FHD IR dengan Human Presence Detection, audio dwi DTS:X Ultra, teknologi PurifiedVoice untuk pembatalan hingar berasaskan AI serta sokongan Wi-Fi 7 dan Bluetooth 6.0. Port yang disediakan termasuk Thunderbolt 4 Type-C, USB Type-A dan HDMI 2.1.

    Untuk segmen pengguna yang mahukan keseimbangan prestasi dan mudah alih, Acer memperkenalkan Swift Go 14 AI (SFG14-I71/T) dan Swift Go 16 AI (SFG16-I71/T). Kedua-duanya dikuasakan sehingga Intel Core Ultra X9 388H dengan grafik Intel Arc B390, menyokong RAM LPDDR5x sehingga 32GB dan storan M.2 SSD sehingga 1TB.

    Reka bentuk menggunakan badan aluminium berukir laser dengan bukaan engsel 180 darjah. Pilihan paparan merangkumi panel sentuh 2K WUXGA dan 3K WQXGA+ OLED. Ia turut dilengkapi kamera 5MP IR dengan HDR dan Human Presence Detection, pembesar suara dwi DTS:X Ultra, pad sentuh multi-kawalan, Wi-Fi 7, Bluetooth sehingga 6.0, serta sambungan termasuk dua port Thunderbolt 4, USB Type-A dan HDMI 2.1.

    "
    "

    Spesifikasi, harga dan tarikh pelancaran adalah berbeza mengikut pasaran dan Acer dijangka membawa sebahagian model komputer riba serta aksesori ini ke pasaran Malaysia pada masa akan datang. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan salah satu peranti yang ditawarkan Acer dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...