More

    CES 2026: Acer umum Predator Helios Neo 16S AI dan siri Nitro V dengan RTX 5070

    Sempena CES 2026, Acer mengumumkan barisan komputer riba gaming terbaharu yang dikuasakan pemproses Intel Core Ultra Series 3 dan GPU NVIDIA GeForce RTX 50 Series Laptop. Model yang diperkenalkan ialah Predator Helios Neo 16S AI, Acer Nitro V 16 AI dan Acer Nitro V 16S AI selain aksesori gaming Predator baharu.

    Predator Helios Neo 16S AI (PHN16S-I51) berada di kedudukan tertinggi dalam barisan ini dengan rekaan badan logam setebal 18.9mm. Ia menyokong konfigurasi sehingga Intel Core Ultra 9 386H dan NVIDIA GeForce RTX 5070 Laptop GPU digandingkan dengan paparan 16 inci WQXGA OLED. Sistem penyejukan menggunakan kipas AeroBlade 3D Generasi ke-5 serta pes haba logam cecair bagi mengekalkan prestasi stabil.

    Ia menyokong DDR5 6400MT/s sehingga 64GB dan storan PCIe SSD sehingga 2TB. Ciri lain termasuk kamera FHD IR, pembesar suara DTS:X Ultra, sambungan Thunderbolt 4 dan Intel Killer DoubleShot Pro Wi-Fi 6E. Ia menjalankan Windows 11 sebagai Copilot+ PC dengan NPU melebihi 45 AI TOPS untuk fungsi berasaskan AI seperti Live Captions dan Acer Intelligence Space.

    Untuk segmen pertengahan, Acer Nitro V 16 AI (ANV16-I51) ditawarkan dengan pilihan sehingga Intel Core Ultra 7 355 bersama RTX 5070 Laptop GPU. Ia menyokong RAM DDR5 sehingga 32GB dan storan SSD 2TB. Model ini turut dilengkapi audio DTS:X Ultra, kamera FHD IR dengan penutup privasi dan sokongan ciri Copilot+ PC termasuk Live Captions serta Image Creator berasaskan AI.

    Acer turut memperkenalkan Nitro V 16S AI (ANV16S-I51) yang memfokuskan kepada mobiliti dengan ketebalan di bawah 17.9mm. Ia menggunakan pemproses Intel Core Ultra 7 dan RTX 5070 Laptop GPU dengan sehingga 798 AI TOPS, paparan 16 inci WUXGA, papan kekunci RGB empat zon, Intel Killer Wi-Fi 6E dan kamera FHD IR. Model ini disasarkan kepada pengguna yang mahukan komputer riba gaming lebih nipis pada harga lebih mampu milik.

    Selain komputer riba, Acer mengumumkan fon kepala Predator Galea 570 yang menggunakan pemacu 50mm, sokongan Environmental Noise Cancellation dan tetapan audio boleh dikonfigurasi melalui perisian Predator QuarterMaster. Ia menyokong sambungan 2.4GHz tanpa wayar, Bluetooth 5.4 dan berwayar dengan jangka hayat bateri sehingga 30 jam.

    Acer juga memperkenalkan tetikus Predator Cestus 530 yang menggunakan sensor PixArt PAW3395 dengan sehingga 26,000 DPI, 650 IPS, kadar polling 8,000Hz dan ketahanan sehingga 80 juta klik selain sokongan sambungan berwayar, Bluetooth dan 2.4GHz.

    Spesifikasi, harga dan tarikh pelancaran adalah berbeza mengikut pasaran dan Acer dijangka membawa sebahagian model komputer riba serta aksesori ini ke pasaran Malaysia pada masa akan datang. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan salah satu peranti yang ditawarkan Acer dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    NEXAL Pad rasmi di Malaysia dengan skrin 2.5K 11″ dan bateri 10,000mAh berharga RM1,099

    NEXAL melancarkan tablet julung kalinya untuk pasaran tempatan menerusi penawaran NEXAL Pad. Peranti disasarkan untuk kegunaan produktiviti dan harian dengan menampilkan rekaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...