More

    ChatGPT berjaya lulus peperiksaan perubatan yang paling sukar di AS

    Sistem kecerdasan buatan (artificial intelligence, AI) ChatGPT dilaporkan telah berjaya merangka karangan dan menjawab soalan-soalan yang ditanyakan dalam sebuah peperiksaan perubatan yang paling sukar di Amerika Syarikat (AS) iaitu United States Medical License Exam (USMLE).

    Menurut jurnal perubatan PLOS Digital Health, ChatGPT berjaya meraih markah lulus atau hampir lulus dan menandakan tahap kematangan AI yang semakin tinggi. Ini menunjukkan bahawa ChatGPT mungkin boleh dimanfaatkan untuk pendidikan perubatan dan membuat keputusan rawatan yang penting pada masa hadapan.

    Peperiksaan tersebut adalah satu kewajipan untuk para pelajar perubatan di AS yang ingin mendapatkan lesen perubatan. Ia terdiri daripada tiga bahagian yang merangkumi pelbagai aspek seperti farmakologi, sains asas, penilaian diagnostik, pengurusan perubatan dan etika biologi.

    ChatGPT berjaya meraih markah di antara 52.4% dan 75% untuk ketiga-tiga bahagian. Markah yang diperlukan untuk lulus adalah 60%. Ia juga berjaya menewaskan sebuah lagi model AI, PubMedGPT, yang dibangunkan khas untuk pengetahuan biomedik, di mana PubMedGPT hanya mendapat markah 50.8% sahaja.

    USMLE terkenal dalam kalangan pelajar kerana kesukarannya yang sangat tinggi. Sebelum ini, ChatGPT juga dilaporkan telah berjaya lulus dalam sebuah peperiksaan guaman. Pelbagai individu ternama termasuk Bill Gates telah menyifatkan ChatGPT sebagai ciptaan yang akan mengubah dunia.

    ChatGPT telah dibangunkan oleh syarikat startup OpenAI yang menerima pelaburan daripada Microsoft sebanyak USD1 bilion pada 2019 untuk membangunkannya. Baru-baru ini, Microsoft mengumumkan bahawa mereka akan melabur sebanyak USD10 bilion untuk membangunkan lagi ChatGPT.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Star

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured