More

    ChatGPT Go dilancar di Malaysia, tawarkan model AI lebih canggih bermula RM38.99

    OpenAI hari ini melancarkan pelan langganan ChatGPT Go untuk pasaran Malaysia bagi menawarkan akses canggih ChatGPT pada harga yang mampu milik untuk kegunaan orang awam. Pada harga RM38.99 sebulan (termasuk SST), ChatGPT Go memberikan akses kepada model OpenAI paling canggih, GPT-5, untuk pelbagai fungsi seperti penjanaan imej, muat naik fail dan memori lebih tinggi.

    Jika dibandingkan dengan pelan percuma, para pengguna ChatGPT Go boleh mendapatkan kebolehan yang lebih pantas dan pelbagai, seperti:

    • 10× lebih tinggi had mesej dengan GPT-5
    • 10× lebih banyak penjanaan imej setiap hari
    • 10× lebih banyak muat naik fail atau imej setiap hari
    • 2× lebih panjang memori untuk respons yang lebih diperibadikan

    Ia akan memudahkan pengguna ChatGPT untuk urusan harian, seperti bertanya panduan untuk melakukan sesuatu, penulisan peribadi, pembelajaran, panduan penjagaan diri atau penyuntingan.

    Selain Go, pelan ChatGPT yang ditawarkan di Malaysia termasuklah Plus (berharga RM99.90 sebulan) dan Pro (berharga RM999.90 sebulan). Untuk mendaftarkan diri, anda boleh lakukannya di laman web OpenAI atau muat turun aplikasi ChatGPT di Apple App Store atau Google Play Store.

    Sebagai panduan, anda boleh dapatkan Plus jika anda memerlukan model dan ciri pemikiran lebih maju seperti penyelidikan mendalam, mod ejen dan penciptaan video Sora. Pelan Pro pula akan membantu jika anda seorang profesional, penyelidik, atau organisasi yang memerlukan skala bertaraf perusahaan, kebolehan berfikir peringkat pro dan ciri paling canggih.

    Malaysia merupakan salah satu daripada 16 negara yang menerima ChatGPT Go pada minggu ini. Sebelum ini, ia telah dilancar di India dan OpenAI menyaksikan sambutan yang memberangsangkan dalam tempoh sebulan, di mana jumlah pelanggan berbayar meningkat sebanyak dua kali ganda.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan pelan ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured