More

    ChatGPT kini boleh menggantikan Gemini pada Android

    ​OpenAI telah mengeluarkan kemas kini beta terbaru untuk aplikasi ChatGPT pada Android yang membolehkan pengguna menetapkannya sebagai pembantu digital lalai pada peranti mereka. Dengan menetapkan ChatGPT sebagai pembantu lalai, pengguna dapat mengaktifkannya melalui butang dan gerak isyarat sama fungsi seperti Gemini.

    Setelah ditetapkan sebagai pembantu lalai, ChatGPT dapat diaktifkan dengan menekan lama butang utama (untuk navigasi tiga butang) atau meleret ke atas dari sudut bawah (untuk navigasi gerak isyarat). Pengguna juga boleh menekan lama butang kuasa jika tetapan tersebut diaktifkan.

    Apabila diaktifkan melalui cara ini, ChatGPT akan melancarkan mod suara dan membolehkan interaksi suara dengan pembantu tersebut. Walaupun begitu, ChatGPT masih belum dapat diaktifkan melalui kata kunci khusus kerana fungsi tersebut memerlukan akses kepada API istimewa yang hanya tersedia untuk aplikasi prapasang yang dipercayai.

    Namun, kemas kini ini tetap merupakan berita baik bagi peminat ChatGPT pada platform Android kerana ia memudahkan akses dan interaksi dengan pembantu AI ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Android Authority

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...