OpenAI telah mengeluarkan kemas kini beta terbaru untuk aplikasi ChatGPT pada Android yang membolehkan pengguna menetapkannya sebagai pembantu digital lalai pada peranti mereka. Dengan menetapkan ChatGPT sebagai pembantu lalai, pengguna dapat mengaktifkannya melalui butang dan gerak isyarat sama fungsi seperti Gemini.
Setelah ditetapkan sebagai pembantu lalai, ChatGPT dapat diaktifkan dengan menekan lama butang utama (untuk navigasi tiga butang) atau meleret ke atas dari sudut bawah (untuk navigasi gerak isyarat). Pengguna juga boleh menekan lama butang kuasa jika tetapan tersebut diaktifkan.


Apabila diaktifkan melalui cara ini, ChatGPT akan melancarkan mod suara dan membolehkan interaksi suara dengan pembantu tersebut. Walaupun begitu, ChatGPT masih belum dapat diaktifkan melalui kata kunci khusus kerana fungsi tersebut memerlukan akses kepada API istimewa yang hanya tersedia untuk aplikasi prapasang yang dipercayai.
Namun, kemas kini ini tetap merupakan berita baik bagi peminat ChatGPT pada platform Android kerana ia memudahkan akses dan interaksi dengan pembantu AI ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Android Authority







