More

    China lancarkan kereta api elektrik gentian karbon pertama di dunia

    Sebuah kereta api canggih dikenali sebagai CETROVO 1.0 mula beroperasi untuk perkhidmatan penumpang di bandar pelabuhan Qingdao, wilayah Shandong, timur China. Kereta api ini menampilkan badan dan rangka daripada komposit serat karbon yang mengurangkan berat badan dan rangka masing-masing sebanyak 25 peratus dan 50 peratus.

    Dengan ini, berat keseluruhan kenderaan menjadi 11 peratus lebih ringan berbanding kereta api konvensional. Menurut Liu Jinzhu, pereka utama kereta api ini dari CRRC Qingdao Sifang Co., Ltd., penggunaan tenaga bagi setiap tren dapat dikurangkan sebanyak 7 peratus semasa operasi.

    Pengurangan ini membawa kepada penurunan pelepasan karbon dioksida tahunan kira-kira 130 tan setara dengan penanaman 101 mu (sekitar 6.7 hektar) pokok. Selain itu, penggunaan bahan serat karbon juga meningkatkan kekuatan badan kenderaan, menambah daya tahan hentaman dan memanjangkan ketahanan strukturnya.

    Keistimewaan serat karbon ini juga termasuk penyerapan getaran dan pengasingan bunyi yang lebih baik untuk memberikan perjalanan yang lebih lancar serta pengalaman lebih selesa kepada pengguna. Sebuah platform penyelenggaraan pintar berasaskan teknologi kembar digital dikenali sebagai SmartCare juga telah dibangunkan untuk kereta api ini.

    Platform ini membolehkan pengesanan kerosakan pintar, pemantauan kesihatan kenderaan secara masa nyata dan pengoptimuman penyelenggaraan. Mungkin bahan serat karbon perlu digunakan dengan secara meluas di Malaysia untuk mengurangkan berat rangka dan secara tak langsung mengurangkan penggunaan bahan api.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: XINHUANET

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...