More

    China pula naikkan kadar tarif untuk barangan AS kepada 125%

    Jumaat lalu, China bertindak balas terhadap tarif oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dengan menaikkan kadar tarif ke atas barangan AS daripada 84% kepada 125%. Kementerian Kewangan China menyatakan bahawa tindakan Washington kini tidak lagi memberi manfaat ekonomi dan disifatkan sebagai “jenaka dalam sejarah ekonomi dunia”.

    Kadar tarif semasa dikatakan telah menutup sepenuhnya pasaran bagi barangan import dari AS ke China. Tambahan, jika Washington meneruskan dasar menaikkan tarif, Beijing memberi amaran bahawa mereka tidak akan lagi memberi perhatian terhadap tindakan tersebut.

    Dalam kenyataan berasingan, pihak pentadbiran Trump mengesahkan bahawa jumlah keseluruhan tarif ke atas import dari China kini mencecah 145% termasuk tarif tambahan berkaitan fentanyl yang dikenakan awal tahun ini.

    Presiden dan Ketua Ekonomi Pinpoint Asset Management, Zhiwei Zhang, menyatakan bahawa kedua-dua negara telah menunjukkan isyarat bahawa kitaran kenaikan tarif ini telah mencapai kemuncaknya. Fokus kini beralih kepada menilai impak terhadap aktiviti ekonomi masing-masing, namun tiada tanda-tanda bahawa rundingan akan dimulakan dalam masa terdekat.

    Walaupun berlaku peningkatan dalam perang tarif, Beijing dilihat menahan diri daripada memperluaskan senarai entiti tidak boleh dipercayai atau mengenakan kawalan eksport tambahan terhadap syarikat AS. Sebaliknya, jurucakap Kementerian Perdagangan China menegaskan kesediaan Beijing untuk berunding secara adil dan setara.

    Presiden Xi Jinping menegaskan bahawa tiada pihak yang menang dalam perang tarif dan bertindak bertentangan dengan arus dunia hanya akan membawa kepada pengasingan diri. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: MOFCOM

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured