More

    China tindak balas terhadap Amerika Syarikat, kenakan tarif baharu 34%

    Awal minggu ini, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan pengenaan tarif baharu ke atas barangan import dari beberapa negara termasuk Malaysia yang dikenakan kadar tarif sebanyak 24%. Langkah ini dijangka akan menyebabkan harga barangan buatan Malaysia menjadi lebih mahal di pasaran Amerika Syarikat dan seterusnya mengurangkan permintaan daripada pengguna di negara itu.

    Setakat ini, Malaysia masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung perkembangan ini. Namun, China telah bertindak balas terhadap tindakan Amerika dengan mengenakan tarif sebanyak 34% ke atas semua barangan import dari Amerika Syarikat. Menurut kenyataan rasmi daripada Kementerian Kewangan China, tarif tersebut akan mula berkuat kuasa pada 10 April 2025.

    Walaubagaimanapun, barangan dari Amerika yang telah dihantar sebelum 10 April atau tiba di China antara 10 April hingga 13 Mei 2025 tidak akan dikenakan tarif baharu ini. Selain itu, China juga dilaporkan akan menghadkan eksport mineral nadir bumi ke Amerika Syarikat yang merupakan langkah yang dijangka memberi kesan besar terhadap pelbagai sektor pembuatan khususnya industri semikonduktor.

    Tindakan ini boleh menyebabkan kos pengeluaran barangan syarikat-syarikat Amerika meningkat secara tidak langsung. Bagi rakyat Malaysia, pertikaian ekonomi antara dua kuasa besar dunia ini mungkin membawa kesan kepada harga barangan elektronik di pasaran tempatan. Penganalisis ekonomi menjangkakan akan ada lebih banyak perkembangan dalam isu ini dalam masa terdekat.

    Adakah pengguna Malaysia bakal merasai beban kenaikan harga susulan perang tarif ini? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: China 1|2

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured