More

    Chrome dan YouTube sekat iklan yang bermain pada video

    Google meletakkan sekatan baru pada iklan di Chrome yang bermain di tengah-tengah video. YouTube juga bersetuju tidak akan memaparkan iklan pada permulaan video, kata Google dalam catatan blog mereka.

    Ia adalah sebahagian daripada tindakan keras iklan yang bermain di Google, untuk mengelakkan penonton akan menjadi rimas atau bosan walaupun ianya merupakan pendapatan dari pengiklanan web yang sangat lumayan. YouTube menjana pendapatan sebanyak $15 bilion pada suku terakhir di Google.

    Chrome dan YouTube juga mengambil keputusan memberhentikan iklan yang dimainkan lebih daripada 31 saat bermula pada 5 Ogos. Bukan itu saja, iklan yang berada di pertengahan video juga turut disekat.

    Peraturan ini berdasarkan kepada garis panduan terkini oleh Coalition for Better Ads’s, berdasarkan kaji selidik dari 45,000 pengguna di lapan buah negara. Iklan yang dimainkan itu menjadi punca laman web tidak mencapai kelajuan, penggunaan data, bahkan penyampaian malware kepada komputer serta peranti mudah alih pengguna.

    Sumber gambar dari Google

    Dua tahun yang lalu, Chrome mula menyekat iklan yang terlalu banyak mengganggu pada laman web syarikat itu. Malah Google yang membekalkan banyak iklan ke laman web sendiri serta orang lain, tetapi mereka berusaha untuk melindungi pengguna Chrome dari situasi yang paling menjengkelkan ini.

    Bermula dengan Chrome 80 yang telah dikeluarkan baru-baru ini, Google mula menyediakan semula dalam pop-up timbul untuk meminta kebenaran serta menghantar pemberitahuan kepada anda terlebih dahulu. Untuk meningkatkan keselamatan, Google sedang mengubah cara Chrome menangani tetapan cookie yang dipanggil SameSite.

    Adakah anda gembira dengan tindakan Google dan Youtube ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : CNET

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured