CIMB Bank telah mengumumkan penamatan perkhidmatan secara berfasa di aplikasi CIMB Clicks. Dengan aplikasi baru, CIMB OCTO, pihak bank berharap dapat memberikan perkhidmatan yang lebih efisien dan responsif kepada semua pelanggan.
Mulai Ogos 2024, perkhidmatan seperti Tambah Nilai dan e-Simpanan Tetap (Penempatan dan pengeluaran) tidak lagi tersedia. Pada bulan September 2024, perkhidmatan DuitNow QR dan Pemindahan Asing (termasuk SpeedSend dan Foreign Telegraphic Transfer) juga akan dihentikan. Penamatan perkhidmatan akan diteruskan pada bulan Oktober 2024 dengan perkhidmatan JomPAY dan CIMB Deals turut dihentikan.
Pengguna CIMB Clicks disarankan untuk beralih kepada aplikasi baru, CIMB OCTO, di mana semua transaksi yang disebutkan boleh didapati. CIMB OCTO menjanjikan pengalaman yang lebih baik dan selamat untuk pengguna. Aplikasi baru ini direka untuk memenuhi keperluan pengguna moden dengan ciri-ciri yang lebih canggih dan keselamatan yang ditingkatkan.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: CIMB






