More

    CIMB laksana tempoh bertenang 12 jam selepas reset ID atau kata laluan bermula 30 Jun ini

    CIMB Bank Berhad mengumumkan pelaksanaan tempoh cooling-off selama 12 jam bagi pelanggan yang menetapkan semula User ID atau kata laluan mereka melalui platform CIMB Clicks atau aplikasi OCTO. Langkah ini berkuat kuasa bermula 30 Jun 2025 sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan keselamatan siber dan melindungi pengguna daripada potensi akses tidak sah.

    Menurut notis rasmi yang disiarkan di laman web CIMB, pelanggan tidak akan dapat log masuk ke akaun mereka selama 12 jam selepas selesai menukar maklumat akses. Sistem ini secara automatik mengaktifkan penangguhan sementara bagi memberi masa tambahan kepada pengguna untuk memantau sebarang aktiviti mencurigakan bagi mengurangkan risiko pencerobohan akaun.

    Proses reset melibatkan beberapa langkah pengesahan, antaranya pengenalpastian melalui maklumat peribadi dan pengesahan SecureTAC melalui aplikasi OCTO. Pelanggan akan diminta bersetuju dengan tempoh bertenang ini sebelum dapat menetapkan semula kata laluan atau ID pengguna.

    Langkah tersebut selari dengan peningkatan kawalan keselamatan dalam sektor perbankan digital yang kian mendapat perhatian susulan peningkatan kes penipuan siber melibatkan akses tidak sah ke akaun bank. CIMB menasihatkan semua pengguna supaya merancang dengan teliti sekiranya ingin menetapkan semula ID atau kata laluan.

    Sebarang aktiviti perbankan seperti pemindahan wang, semakan baki atau pembayaran bil hanya boleh dilakukan selepas tempoh tersebut tamat. Untuk maklumat lanjut, pelanggan digalakkan melayari laman web rasmi CIMB di sini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured