CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad hari ini memaklumkan bahawa perkhidmatan MyDebit akan mengalami gangguan sementara berikutan penyelenggaraan sistem berjadual pada lima tarikh sepanjang Jun 2025.
Gangguan tersebut akan menjejaskan transaksi menggunakan kad debit CIMB yang melibatkan sistem MyDebit sepanjang tempoh yang dinyatakan. Dalam satu notis rasmi bertarikh 30 Mei, pihak CIMB menyenaraikan tarikh-tarikh terlibat seperti berikut:
- 7 Jun 2025 (Sabtu) – 12:00 tengah malam hingga 8:00 pagi
- 11 Jun 2025 (Rabu) – 12:00 tengah malam hingga 5:00 pagi
- 12 Jun 2025 (Khamis) – 12:00 tengah malam hingga 5:00 pagi
- 15 Jun 2025 (Ahad) – 12:00 tengah malam hingga 8:00 pagi
- 21 Jun 2025 (Sabtu) – 12:00 tengah malam hingga 8:00 pagi
Pelanggan CIMB yang merancang melakukan transaksi pada tarikh berkenaan dinasihatkan untuk membuat persediaan awal atau menggunakan saluran alternatif sepanjang tempoh gangguan. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: CIMB






