More

    CIMB umum gangguan sementara mesin ATM dan CDM pada 13–14 September ini

    CIMB Bank mengumumkan bahawa akan berlaku gangguan sementara pada perkhidmatan terminal layan diri hujung minggu ini susulan kerja-kerja penyelenggaraan sistem. Gangguan tersebut akan melibatkan mesin ATM, MEPS dan mesin deposit tunai (CDM).

    Menurut notis rasmi, gangguan pada hari Sabtu, 13 September 2025 akan bermula pada jam 12.01 tengah malam dan dijangka selesai pada jam 8.00 pagi. Manakala pada hari Ahad, 14 September 2025 pula, gangguan akan berlaku dari jam 12.01 tengah malam sehingga 5.00 pagi.

    Sepanjang tempoh ini, pelanggan tidak dapat menggunakan mesin berkenaan untuk sebarang transaksi tunai. Namun, perkhidmatan lain termasuk perbankan dalam talian CIMB Clicks dan aplikasi CIMB OCTO dilaporkan beroperasi seperti biasa tanpa gangguan.

    CIMB menasihatkan para pelanggan supaya merancang urusan kewangan lebih awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan sepanjang tempoh penyelenggaraan berkenaan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: CIMB

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...