More

    Cipset “flagship” Qualcomm yang seterusnya mungkin bukan Snapdragon 8 Elite 2

    Syarikat semikonduktor Qualcomm dijangka bakal melancarkan cipset andalan (flagship) generasi baharu pada akhir bulan ini bagi menggantikan cipset andalan sedia ada, Snapdragon 8 Elite. Walau bagaimanapun, nama untuk pengganti cipset itu mungkin bukan Snapdragon 8 Elite 2 seperti yang dijangka.

    Sebaliknya, Qualcomm dikhabar bakal menamakannya sebagai cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5, seperti yang dilaporkan oleh pengkhabar berita teknologi popular di China. Ini mungkin nampak aneh kerana ia bukanlah cipset generasi kelima untuk Snapdragon 8 Elite.

    Jika kami boleh beri andaian, ini mungkin kerana Qualcomm ingin meneruskan legasi nama daripada Snapdragon 8 Gen 3 yang dilancar pada 2023. Kami merasakan cipset terkini dinamakan sebagai “Snapdragon 8 Elite” dan bukannya “Snapdragon 8 Gen 4” sewaktu ia diperkenalkan pada 2024 kerana Qualcomm ingin mengelakkan nombor “4” dalam nama produknya bagi menarik minat para pelanggan di China.

    Menurut kepercayaan masyarakat Cina, nombor “4” sering dikaitkan dengan nasib yang kurang baik. Sebab itulah beberapa syarikat telefon China sering mengabaikan nombor 4 dalam nama produk mereka. Sebagai contoh, OPPO Find X3 Pro diganti dengan OPPO Find X5 Pro dan ROG Phone 3 diganti dengan ROG Phone 5.

    Selain Snapdragon 8 Elite Gen 5, Qualcomm dikhabar akan melancarkan satu lagi cipset andalan pada bulan ini iaitu Snapdragon 8 Gen 5. Cipset ini mungkin lebih rendah sedikit berbanding Snapdragon 8 Elite 5, namun masih boleh menjana prestasi yang tinggi.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan cipset andalan generasi seterusnya oleh Qualcomm dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Redmi Watch 6 Active tiba dengan skrin AMOLED 1.85″ dan bateri tahan 18 hari...

    Terbaharu, Redmi Watch 6 Active dilancarkan di pasaran China dengan fokus kepada kelengkapan skrin jenis AMOLED, ketahanan bateri dan fungsi pemantauan kesihatan....

    HUAWEI cuba reka bentuk baharu? Pura X View dilancar dengan nisbah skrin 16:9.5

    HUAWEI melancarkan Pura X View di China sebagai telefon pintar rekaan paparan lebar pertama jenis standard tanpa skrin boleh lipat. Ia menjadi...

    Samsung Galaxy S26 FE makin hampir, Samsung umum acara pelancaran 27 Ogos ini

    Samsung Electronics mengumumkan penganjuran acara Galaxy Event August 2026 secara rasmi pada 27 Ogos 2026 jam 8 malam waktu Malaysia. Acara maya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured