More

    Cipset Google Tensor berasaskan proses 5nm dan dihasilkan oleh Samsung!

    Beberapa hari lalu, Google telah mengacah telefon pintar siri Pixel 6 dan memberitahu bahawa ia akan dikuasai oleh cipset buatan sendiri Google Tensor. Namun, mereka tidak menjelaskan sebarang spesifikasi dan butiran mengenai cipset tersebut.

    Terbaru, sumber dalam talian menyatakan bahawa cipset Google Tensor ini berasaskan proses 5nm dan ia bakal dihasilkan oleh Samsung. Dalam kata yang lain, cipset ini akan menggunakan proses yang sama seperti cipset Snapdragon 888 dari Qualcomm.

    Disebabkan siri Pixel 6 menggunakan cipset ini, Google akan mempunyai kawalan penuh terhadap prestasi telefon pintar mereka termasuklah kamera dan hayat bateri. Siri Pixel 6 dijangka akan menggunakan sensor kamera yang lebih besar, selepas hanya menggunakan sensor 12.2MP sejak beberapa tahun yang lepas.

    Untuk pengetahuan anda, cipset Tensor ini telah dalam proses penghasilan sejak 4 tahun lalu dan direka khas untuk telefon pintar Pixel.

    Apa pun, nantikan berita lanjut mengenai siri Google Pixel 6 di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber : 1 | 2

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured