More

    Cipset MediaTek Dimensity 7200 diumum, fokus sokongan “gaming” dan fotografi

    MediaTek telah mengembangkan barisan cipsetnya dengan mengumumkan cipset siri Dimensity baharu iaitu MediaTek Dimensity 7200. Cipset yang baru diumumkan ini bakal digunakan pada telefon pintar segmen pertengahan. Cipset ini menfokuskan kepada gaming dan fotografi iaitu dua daripada ciri yang paling dicari oleh pengguna pada ketika ini.

    MediaTek Dimensity 7200 dibina oleh Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC) menggunakan proses N4P sama seperti yang digunakan dalam siri Dimensity 9200 sebagai penambahbaikan berbanding Dimensity 9000. Ia mempunyai dua teras Cortex-A715 dengan frekuensi 2.8GHz dan enam teras Cortex-A510.

    Terdapat juga GPU Mali G610 MC4 untuk mengendalikan visual pada peranti. Ia menyokong paparan FHD dengan skrin segar semula sehingga 144Hz bersama-sama dengan HDR10+, CUVA HDR dan Dolby HDR. Terdapat teknologi MediaTek HyperEngine 5.0 yang membolehkan Variable Rate Shading berasaskan AI dan mempunyai storan UFS 3.1 dan RAM LPDDR5 sehingga 6,400Mbps.

    Untuk kamera, cipset menggunakan ISP HDR 14-bit dengan sokongan tangkapan video HDR 4K dan juga menyokong kamera utama sehingga 200MP serta mampu strim dua video resolusi FHD. Ia juga mempunyai Accelerated Processing Unit (APU) yang membenarkan peningkatan kamera berkuasa AI seperti penghasilan potret masa nyata.

    Cipset ini juga menyokong 5G sub-6GHz sehingga 4.7Gbps bersama-sama dengan 2CC Carrier Aggregation, dwi SIM 5G, triband Wi-Fi 6E dan Bluetooth 5.3. Dimensity 7200 akan tersedia pada telefon pintar yang dilancarkan pada suku pertama tahun ini. Mungkin beberapa minggu lagi akan ada pengumuman telefon pintar yang dikuasakan oleh cipset baharu ini.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured