More

    Cipset MediaTek Dimensity 8000 mungkin dilancar kelak, Redmi dan realme hasilkan telefon pertama

    Selepas melancarkan cipset telefon pintar andalan Dimensity 9000 pada awal bulan ini, MediaTek nampaknya dikhabarkan bakal melancarkan sebuah lagi cipset dalam kategori yang sama iaitu MediaTek Dimensity 8000. Ia mungkin bakal menjadi pengganti kepada MediaTek Dimensity 1100 yang dilancar pada awal tahun ini.

    Menurut pengkhabar berita teknologi Digital Chat Station, dua jenama telefon pintar ternama bakal melancarkan peranti pertama yang dilengkapi cipset tersebut. Dua jenama tersebut adalah realme dengan realme GT Neo3 dan Redmi dengan siri Redmi K50.

    Sebelum ini, siri Redmi K selalunya dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon kecuali untuk Redmi K40 Gaming Edition yang dilengkapi cipset Dimensity 1200. Jika khabar ini benar, Redmi mungkin akan menggunakan lebih banyak cipset Dimensity untuk telefon andalannya pada 2022.

    Sementara itu, realme GT Neo2 pula dilengkapi Snapdragon 870 iaitu cipset yang boleh menjana prestasi pantas namun tidak sepantas Snapdragon 888. Oleh yang demikian, realme GT Neo3 mungkin akan dilengkapi Dimensity 8000 yang masih boleh menjana prestasi pantas namun tidak setaraf dengan Dimensity 9000.

    Adakah anda berminat dengan cipset Dimensity 8000? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured