More

    Cipset murah Samsung Exynos 850 yang tidak popular, tetapi berprestasi baik

    Terdahulu, Samsung telah mengumumkan dua cipset dengan nama yang berbeza, Exynos 880 dan Exynos 850. Untuk pengetahuan anda, kedua-dua cipset ini merupakan cipset kelas pertengahan, tetapi Exynos 880 hadir dengan sokongan rangkaian 5G.

    Jangkaan prestasi Exynos 880 telah menjadi buah mulut warganet memandangkan ia merupakan cipset 5G berpatutan. Sepintas lalu, cipset 8nm dengan modem 5G ini menyokong sub-signal 6GHz dengan kelajuan muat turun data 2.55Gbps. Ia juga dilengkapi CPU ARM Cortex-A77 bersama GPU ARM Mali-G76 MP5.

    Perkara utama yang ingin dimaklumkan melalui berita kali ini adalah keupayaan Exynos 850 yang masih belum tular. Walaupun ia merupakan cipset murah, namun ia sebenarnya menyediakan spesifikasi baik untuk peranti. Ia hadir dengan pemproses 2GHz octa-core (teras ARM Cortex-55) dan GPU Mali-G52. Perlu diingatkan juga bahawa Exynos 850 adalah cipset 8nm walaupun tanpa sokongan 5G.

    Samsung Galaxy A21s

    Exynos 850 dilaporkan boleh menyokong Full HD+ dan rakaman video sehingga 1080p. Exynos 850 dilaporkan hadir pada Samsung Galaxy A21s. Jika anda meneliti spesifikasi Galaxy A21s, anda boleh ketahui sejauh mana sokongan cipset 8nm mesra poket ini.

    Apa pun, semestinya kita perlu melihat sendiri prestasi peranti yang dilengkapi cipset ini. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: XDA Developers

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured