More

    Cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 mungkin tampilkan konfigurasi teras unik

    Bulan lalu, Qualcomm mengumumkan versi peningkatan cipset Snapdragon 8 Gen 1 iaitu Snapdragon 8 Plus Gen 1 yang akan dilancarkan tahun ini.

    Syarikat itu juga sedang membangunkan cipset andalan generasi akan datang menjelang akhir tahun ini yang mungkin dipanggil Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2. Beberapa butiran mengenai cipset ini telah didedahkan.

    Mengikut sumber, cipset Snapdragon 8 Gen 2 bernombor model dan nama kod SM8550 Kailua akan hadir dengan konfigurasi kluster yang berbeza. Ia akan dikeluarkan oleh Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC) berdasarkan proses 4nm yang akan mempunyai konfigurasi 1+2+2+3 dan bukannya konfigurasi 1+3+4 yang biasa.

    Snapdragon 8 Gen 2 mungkin mempunyai satu teras generasi Makalu, dua teras generasi Makalu diikuti oleh dua teras Matterhorn dan tiga teras Klein R1. Ini bermakna bahawa Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 membawa satu teras Cortex-X3, dua teras Cortex-A720, dua teras Cortex-A710 dan tiga teras Cortex-A510 yang lebih lama.

    Ia mungkin akan digabungkan dengan GPU Adreno 740 dan membawa peningkatan prestasi untuk peranti yang menggunakannya. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured