More

    Cipset Snapdragon 895 akan datang tunjukkan peningkatan prestasi sebanyak 20%

    Melalui maklum balas daripada pengguna, Qualcomm Snapdragon 888 beroperasi dalam keadaan yang agak panas dan masalah ini tidak terjadi kepada siri Snapdragon 865, 865+ dan 870. Tetapi, jangan mengharapkan cipset terbaharu nanti akan dapat atasi masalah kepanasan yang terdapat pada Snapdragon 888 ini.

    Munurut salah satu sumber dari China, Samsung telah melakukan ujian litografi 4nm untuk cipset terbaharu Qualcomm ini dan menunjukkan keputusan yang positif. Cipset yang menggunakan nombor model SM8450 ini memiliki 20% peningkatan prestasi berbanding Snapdragon 888. Nombor model SM8450 mungkin dijenamakan semula sebagai Snapdragon 895 atau 898. Tetapi, kami mengandaikan ianya akan menggunakan nama Snapdragon 895.

    Walaupun prestasi cipset tersebut mempunyai peningkatan prestasi berbanding 888 dan 888+, tetapi ianya mempunyai masalah yang sama iaitu isu kepanasan. Kami tidak mempunyai info lanjut tentang cipset ini memandangkan ianya masih lagi dalam peringkat percubaan. Namun, kami mengharapkan masalah kepanasan ini dapat diatasi. Kini, Qualcomm giat dalam usaha untuk menambahbaik kelemahan yang terdapat pada cipset ini sebelum dilancarkan pada hujung tahun ini.

    Nantikan berita lanjut mengenai cipset ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...