More

    Cipset Snapdragon 895 mungkin dibina dengan proses 4nm oleh Samsung dan TSMC

    Qualcomm kini dilapor sudah pun memulakan pengilangan untuk cipset telefon andalan seterusnya dalam siri Snapdragon 800 yang mungkin bernama Snapdragon 895. Cipset tersebut akan dibina dengan proses nod 4nm, iaitu lebih kecil berbanding proses 5nm yang terdapat dalam cipset Snapdragon 888 dan Snapdragon 888 Plus.

    Kedua-dua cipset tersebut dikhabarkan akan dikilang oleh dua syarikat semikonduktor iaitu Samsung dan Taiwan Manufacturing Semiconductor Company (TSMC). Samsung bakal menghasilkan Snapdragon 895 manakala TSMC pula akan menghasilkan Snapdragon 895 Plus untuk separuh kedua 2022.

    Snapdragon 895 mungkin akan mempunyai nombor model SM8450 dan terdiri daripada CPU Kryo 760, unit pemproses grafik (GPU) Adreno 730, pemproses signal imej (ISP) Spectra 680 dan modem 5G Snapdragon X65.

    Sebagai rujukan, Snapdragon 888 mempunyai nombor model SM8350 dan dilengkapi CPU Kryo 680, GPU Adreno 660, ISP Spectra 580 dan modem 5G Snapdragon X60. Ia telah dilancar pada bulan Disember 2020, jadi kita mungkin boleh jangkakan Snapdragon 895 untuk dilancar pada Disember tahun ini.

    Setakat ini masih tiada maklumat rasmi daripada Qualcomm. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured