More

    Cipset telefon andalan Snapdragon 898 mungkin akan dilancar pada 30 November 2021

    Baru-baru ini, syarikat semikonduktor Qualcomm telah menerbitakan sebuah laman khas dalam laman webnya yang mengumumkan bahawa sebuah acara Tech Summit akan dianjurkan pada 30 November hingga 2 Disember 2021. Walau bagaimanapun, mereka tidak menyatakan nama produk yang akan dilancar dalam acara tersebut.

    Besar kemungkinan bahawa Qualcomm bakal melancarkan cipset telefon pintar andalan seterusnya, Snapdragon 898, dalam acara tersebut. Jika dilihat pada tahun-tahun lepas, cipset yang berada dalam siri Snapdragon 800 sentiasa dilancar pada akhir tahun.

    Setakat ini, cipset Snapdragon 898 dijangka akan dilengkapi teras CPU utama AMR Cortex-X2 3.0GHz, tiga teras Cortex-A710 2.5GHz dan empat teras Cortex-A510 1.79GHz. Untuk unit pemproses grafik (GPU) pula, ia mungkin mempunyai Adreno 730 yang dibina dengan proses 4nm oleh Samsung untuk peningkatan prestasi sebanyak 20%.

    Telefon pertama yang dijangka akan dilengkapi cipset ini adalah Xiaomi 12. Jika dilihat pada tahun lepas, Xiaomi 11 adalah telefon pertama yang dilengkapi cipset Snapdragon 888.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki telefon dengan Snapdragon 898 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured