More

    Ciri AI baharu HONOR membolehkan pengguna kawal kereta menggunakan mata

    Pada acara pelancaran global siri HONOR Magic6 di Mobile World Congress (MWC) 2024 malam Ahad ini, jenama teknologi global HONOR akan memperkenalkan ciri kecerdasan buatan (AI) baru yang membolehkan pengguna mengawal kereta menggunakan mata.

    Ciri canggih ini, dikenali sebagai Penjejakan Mata Berkuasa AI, memberi kebolehan kepada pemandu mengendalikan kereta dengan pandangan mata pada HONOR Magic6 Pro tanpa perlu sentuhan fizikal atau arahan suara. Dengan kolaborasi dengan jurutera automotif Profesor James Brighton telah menunjukkan potensi ciri ini melalui video demonstrasi yang boleh ditonton di saluran YouTube Autocar.

    Video tersebut menunjukkan HONOR Magic6 Pro membeir tindak balas kepada empat arahan mata yang membolehkan pengguna menghidupkan dan mematikan enjin serta menggerakkan kereta ke hadapan dan mengundur hanya dengan melihat ikon spesifik. Teknologi ini berpotensi merevolusikan landskap masa depan komunikasi manusia dengan peranti.

    Untuk maklumat lanjut mengenai teknologi Penjejakan Mata Berkuasa AI HONOR, saksikan pelancaran global Siri HONOR Magic6 pada 25 Februari ini dan tonton video YouTube Autocar di sini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured