More

    Ciri baru Samsung Galaxy S20: ‘Close-up zoom’ selesaikan masalah fokus objek dekat

    Kita semua sudah sedia maklum mengenai tetapan kamera dan ciri teknologi kamera Samsung Galaxy S20 Ultra. Prestasi kamera 108MP adalah mengujakan melalui keupayaan zum. Menurut sumber, tetapan kamera tersebut sebenarnya mengalami masalah jarak fokus yang panjang dan Samsung kini telah memberi penyelesaian untuk pengguna Samsung Galaxy S20 Ultra.

    Masalah jarak fokus ini mengakibatkan keupayaan zum pada objek dalam jarak dekat terbatas. Oleh itu, Samsung mewujudkan mod zum 1.5x yang bernama ‘close-up zoom’ yang membolehkan anda zum objek walaupun objek berapa pada jarak yang dekat.

    Jika anda ingin menggunakan mod seperti yang dinyatakan, anda perlu menetapkan tahap zum pada 1.5x. Apa pun, fungsi ini tidak ada pada Samsung Galaxy S20 dan Galaxy S20+ kerana lensa pada kedua-dua peranti tidak mempunyai masalah fokus (perbezaan Galaxy S20, S20+ dan S20 Ultra adalah pada tetapan kamera).

    Tiada 1.5x zum pada antara muka zum s20 Ultra terdahulu

    Untuk menyemak spesifikasi Samsung Galaxy S20 Ultra, anda boleh ke pautan ini. Apakah pandangan anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    OPPO Find X10 Pro Max tiba sebagai telefon pertama di dunia dengan tiga kamera...

    OPPO secara rasmi memperkenal peranti mercu terbaharu Find X10 Pro Max yang dijana oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 9600 Pro. Sistem kamera...

    MediaTek umum Dimensity CX C10 Max, cip 3nm pertama khas untuk Googlebook

    MediaTek melancarkan pemproses baharu Dimensity CX C10 Max yang merupakan cip pertama di bawah siri siri Compute Experience (CX). Pemproses ini dibina...

    vivo OriginOS 7 dilancar dengan prestasi lancar hingga 72 bulan!

    vivo secara rasmi memperkenalkan sistem operasi OriginOS 7 yang direka untuk mengekalkan prestasi lancar menerusi ujian anti-penuaan makmal selama 72 bulan. Sistem...

    Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

    Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured