fbpx
More

    Ciri berguna pada siri HUAWEI nova 7 yang rakyat Malaysia perlu tahu

    Setelah dua bulan sejak pengenalan siri HUAWEI nova 7 bermula pada April lalu, siri ini akhirnya bakal menjengah pasaran Malaysia. Tidak seperti siri HUAWEI Mate yang berfokuskan produktiviti dan siri HUAWEI P yang berfokuskan kamera, siri nova memfokuskan kepada belia. Lebih menepati definisi HUAWEI, ia direka untuk “pengguna berjiwa muda”.

    Melihat kepada generasi muda, perkara popular yang dilakukan melalui telefon pintar mereka adalah gaya hidup aktif di laman media sosial, bermain sejumlah permainan mudah alih kasual dan intensif, mengambil gambar yang banyak (terutamanya swafoto), serta memuat turun pelbagai aplikasi yang mungkin tidak pernah kita ketahui. Berkenaan aplikasi, siri nova 7 mempunyai HUAWEI AppGallery dan FindApp untuk membantu anda memuat turun aplikasi popular. PhoneClone pula membantu anda memindahkan aplikasi yang disayangi ke telefon pintar baru secara mudah. Oleh itu, berikut merupakan ciri berguna pada siri HUAWEI nova yang rakyat Malaysia perlu tahu!

    Lebih banyak aplikasi kini telah ditambah dalam AppGallery

    Memandangkan seluruh dunia sedang mempraktikkan gaya hidup dengan norma baharu, kekal berada di rumah kadang-kala mengundang kebosanan. Inilah fungsi AppGallery di mana anda boleh meneroka pelbagai aplikasi dalam kategori berbeza tanpa perlu keluar rumah. Jika anda masih tidak tahu, terdapat pelbagai aplikasi yang telah ditambah dalam AppGallery termasuklah WhatsApp, Instagram, Snapchat dan banyak lagi khas untuk belia.

    AppGallery menambah aplikasi lebih banyak daripada dahulu

    Selain itu, anda juga boleh memuat turun platform beli-belah dalam talian seperti Shopee, Lazada dan lain-lain untuk membeli keperluan harian. Tentunya, terdapat juga Facebook, Telegram, WhatsApp, Instagram dan aplikasi hiburan seperti Netflix, Viu dan Dimsum. Jadi, anda boleh menonton rancangan kegemaran di mana sahaja anda berada.

    Apakah kebaikan AppGallery?

    Kejutan buat anda! Sebenarnya, terdapat ganjaran jika anda memuat turun aplikasi daripada AppGallery. Selagi anda adalah pengguna HUAWEI, anda layak untuk menerima ganjaran AppGallery pada mana-mana peranti HUAWEI. Melalui sistem ganjaran, anda boleh mendapat lebih HUAWEI Points dengan memuat turun lebih aplikasi. Gunakan HUAWEI ID anda untuk menebus ganjaran dan hadiah menarik di AppGallery Gift Centre. Terdapat juga cabutan bertuah, jadi anda mempunyai peluang untuk memenangi hadiah!

    Halaman menu AppGallery

    Setakat ini, AppGallery ialah aplikasi ketiga terbesar peringkat global dengan lebih 390 juta pengguna bulanan. Jadi, jika anda mempunyai HUAWEI AppGallery, anda boleh meneroka aplikasi media sosial dan game sekarang untuk menjemput ganjaran dan hadiah datang kepada anda.

    FindApps membantu anda mencari aplikasi yang anda inginkan

    Beralih kepada ciri ini, anda kini tidak perlu bimbang untuk mencari aplikasi yang anda inginkan. Bagaimana? HUAWEI FindApps bertindak sebagai hub untuk membantu pengguna mencari aplikasi yang diinginkan, kemudian membawa pengguna kepada sumber terdekat untuk memuat turunnya. Dengan mengintegrasikan sumber muat turun pihak ketiga (contohnya laman web rasmi aplikasi atau AppGallery), cara ini merupakan cara efektif untuk membantu pengguna menjimatkan masa dan tenaga dalam mencari aplikasi.

    Halaman FindApps

    Jika anda masih lagi tidak dapat mencari aplikais tertentu dalam AppGallery, jangan risau kerana ia boleh diselesaikan dengan memuat turun fail APK. Perkara ini boleh dilakukan melalui pelayar web HUAWEI atau stor aplikasi pihak ketiga seperti Aptoide atau Aurora Store.

    Pemindahan lebih mudah dengan PhoneClone

    Mungkin perkara yang paling merumitkan adalah pemindahan data dan fail media apabila membeli telefon pintar baharu. Prosesnya agak panjang, agak menjengkelkan dan tidak semua peranti mempunyai cara yang sama. Mujurlah HUAWEI mempunyai PhoneClone untuk menyelesaikan masalah ini.

    PhoneClone
    Pemindahan guna QR? Nak!

    PhoneClone bukan sahaja bersesuaian dengan peranti HUAWEI, tetapi anda juga boleh menggunakannya untuk pemindahan daripada sistem iOS atau Android. Tidak kira jenama apa pun, PhoneClone akan membantu anda memindahkan semua keperluan sama ada kontak, mesej teks, log panggilan, nota, rakaman, kalendar, gambar, lagu, video, dokumen dan aplikasi. Semuanya akan diselesaikan!

    Sebagai tambahan, anda tidak memerlukan WiFi untuk pemindahan. Anda cuma perlu mengimbas kod QR atau menyambungkannya kepada hotspot peranti HUAWEI baru untuk memulakan pemindahan. Kelajuan pemindahan dikatakan mencapai 1GB setiap minit dan dalam masa yang sama dikawal oleh penyulitan rangkaian wayarles dan sokongan cloud untuk melindungi data anda. PhoneClone tersedia untuk dimuat turun daripada Apple App dan Google Play Store.

    Jadi apakah pandangan anda tentang AppGallery, FindApps dan PhoneClone pada siri nova 7? Menurut kami, ciri ini boleh memudahkan pemindahan fail dan pencarian aplikasi. Jika anda berminat dengan siri nova 7, teruskan bersama TechNaveBM.com untuk berita mengenai keberadaannya di Malaysia!

     

    Artikel Terkini

    Nubia Neo 2 5G akan dilancar di Malaysia pada 22 April 2024

    ZTE Malaysia telah memberi petunjuk ketibaan telefon pintar gaming jarak pertengahan di halaman Facebook yang akan dilancarkan pada 22 April 2024. Telefon...

    Meta AI umum akan datang ke Facebook, WhatsApp, Messenger dan Instagram kelak

    Meta AI yang dibina dengan Meta Llama 3 kini tersedia untuk beberapa negara di luar AS tetapi Malaysia masih belum menerimanya...

    HUAWEI nova 12i dilancar di Malaysia: SD 680, kamera 108MP dan storan 256GB pada...

    HUAWEI memperkenalkan HUAWEI nova 12i di seluruh negara, tambahan terbaru kepada siri nova dengan reka bentuk anggun. Ia menampilkan reka bentuk Cincin...

    Sony menukar polistirena kepada biopolimer biodegradasi dalam bungkusan untuk pelihara alam

    Sony merupakan syarikat pertama dalam industri yang menghapuskan penggunaan bahan kusyen buih polistirena untuk TV besar melibatkan BRAVIA 9 dan TV LED...

    Nothing Ear dan Ear (a) dilancar dengan ChatGPT terbina dalam bermula RM459

    Fon telinga terbaharu Nothing datang dalam dua model iaitu Nothing Ear dan Nothing Ear (a). Nothing Ear ialah tawaran perdana baharu yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X