More

    Ciri comel Android 11 : Lebih dari 100 Emoji baru

    Baru-baru ini, perisian Android 11 sudah sedia untuk pengguna selepas Google melepaskan binaan awam untuk telefon Pixelnya dan binaan beta untuk beberapa telefon pintar yang lain.

    Android 11 ini hadir dengan pelbagai ciri baru yang menarik antaranya adalah penambahan lebih dari 100 jenis emoji yang baru. Selain dari itu, lebih dari 2,000 emoji yang sedia ada mendapat penambahbaikan berdasarkan Emojipedia.

    Set emoji baru ini datang dengan beberapa emoji haiwan seperti beruang kutub, burung dodo, lalat dan macam-macam lagi. Emoji tangan ‘Pinched Fingers‘ juga dimasukkan ke dalam set emoji baru ini.

    Jika anda ingin mendapatkan emoji baru ini, anda boleh memuat turun perisian Android 11 untuk peranti yang disokong.

    Komen pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita perisian terkini.

    Sumber : TechRadar

     

    Artikel Terkini

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...