More

    Ciri “Gaming Hub” bakal hadir pada TV pintar Samsung 2022

    Samsung hari ini memperkenalkan beberapa ciri baharu pada set TV akan datangnya termasuk Gaming Hub yang membolehkan Samsung Smart TV bersaing dengan perkhidmatan terbina dalam seperti Apple Arcade serta pelbagai konsol.

    Samsung Gaming Hub bertujuan untuk membolehkan pemilik TV Samsung bermain game berkualiti konsol dengan perkhidmatan penstriman. Samsung bekerjasama dengan NVIDIA dan Google di mana perkhidmatan akan datang dapat menyokong GeForce NOW, Stadia dan perkhidmatan penstriman gaming PC Utomik.

    Samsung Hub boleh diakses pada model Samsung Smart TV 2022 terpilih yang mempunyai beberapa sokongan perkakasan. Samsung juga dapat bersaing dengan jenama seperti LG sekiranya mereka membawa perkhidmatan gaming penstriman ke dalam set TV dalam bulan November ini.

    Perkhidmatan gaming Samsung juga akan memudahkan akses ke YouTube untuk penemuan game, menonton penstrim YouTube bermain game dan terdapat juga rancangan perkhidmatan penstriman tambahan. Model TV Samsung 2022 yang akan datang mempunyai fungsi seperti aplikasi Platform NFT (non-fungible token) yang direka untuk membolehkan pengguna menemui, membeli dan memperdagangkan karya seni digital melalui sokongan set televisyen LED Mikro, Neo QLED dan The Frame.

    Set TV Samsung dengan NFT akan membolehkan mereka dibeli dan ditunjukkan. Nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia dan kongsi pendapat anda di Facebook kami.

    Sumber: Macrumors

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...