More

    Ciri menarik yang anda wajib tahu mengenai OriginOS dari vivo ini

    Baru-baru ini, vivo telah memperkenalkan antara muka terbaru mereka iaitu OriginOS yang bakal menggantikan FuntouchOS. Pelantar baru ini memfocuskan pada sistem widget interaktif, gerak isyarat (gesture) yang lebih maju, pengoptimuman memori dan juga rupa wajah yang lebih menarik.

    Bermula dari widget, ianya diinspirasikan oleh Huarong Road, sejenis permainan puzzle gelongsor dengan kepingan yang berbeza. Skrin utama kini lebih mudah untuk disusun walaupun terdapat widget yang berbeza saiz. (malah, ini adalah cara yang disyorkan untuk skrin utama OriginOS)

    Dalam bentuk yang paling mudah, widget ini dapat mengubah cara untuk menyampaikan informasi – matahari atau awan berhujan untuk aplikasi cuaca, perubahan buih mesej untuk aplikasi SMS dan lain-lain lagi. Apabila anda tekan widget ini, ia akan menunjukkan informasi yang lebih lanjut serta kawalannya. “Nano Alerts” adalah antara ciri yang menarik, ianya dapat menunjukkan notifikasi dari sebuah aplikasi hanya di dalam widget tersebut.

    Selain itu, vivo juga menyatkaan bahawa terdapat 26 kombinasi gerak isyarat yang bermula dari sentuhan pada bahagian bawah skrin. Terdapat juga SuperCard yang boleh dipanggil bila-bila masa (walaupun ketika skrin tutup) untuk melakukan transaksi pembayaran mudah alih dengan lebih pantas.

    OriginOS juga akan hadir dengan Multi-Turbo 5.0 yang mengumpul teknik pengoptimuman memori. Ciri Memory Fusion akan menambahkan lagi RAM sebanyak 3GB dengan mengubahkan data ke storan kilat (flash storage). Selain itu, Multi-Turbo 5.0 juga dapat mengoptimumkan penggunaan memori supaya bilangan RAM yang digunakan oleh peranti ini akan lebih berkurang. Ia juga mampu untuk membuka aplikasi dengan lebih pantas dengan meneka aplikasi seterusnya yang anda akan buka dan menyediakan data yang diperlukan.

    Untuk rupa wajah pula, vivo telah menawarkan “behavioral wallpapers” iaitu latar belakang skrin yang mempunyai gerakan kompleks, seperti mengayunkan setiap kelopak bunga. Latar belakang skrin ini juga dapat menyamai cuaca sebenar dengan menunjukkan lambangan tepat cuaca tersebut. (menyamai penutupan awan, kelajuan angin dan keadaan cuaca tempatan.

    Berikut adalah beberapa tangkapan skrin dari OriginOS:

    Video demo OriginOS:

    "
    "

    Adakah anda teruja dengan perubahan drastik dari vivo ini? Komen pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Acer Swift Air 14 rasmi di Malaysia dengan Intel Core 7 350, berat 1.19kg...

    Acer Malaysia secara rasmi membawa masuk komputer riba baharu Acer Swift Air 14 ke pasaran tempatan. Model nipis dan ringan ini ditawarkan...

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured