More

    Ciri One-Tap Fueling dilancarkan untuk aplikasi Setel, isi minyak dengan satu sentuhan

    Hari ini, Setel Malaysia telah melancarkan ciri One-Tap Fueling baharu. Ciri ini membolehkan pemandu untuk mengaktifkan pam dengan satu satu sentuhan di dalam aplikasi semasa tiba di semua stesen PETRONAS di seluruh negara. Anda boleh meneruskan mengisi minyak dan memperoleh mata Mesra serta-merta.

    Ciri One-Tap Fueling kini tersedia kepada 1,000 pengguna Setel berdaftar pertama di seluruh negara dengan pelancaran berperingkat dalam tempoh dua bulan akan datang. Mulai hari ini hingga 4 Oktober 2022, pengguna Setel juga berpeluang memenangi kotak hadiah edisi terhad oleh Setel apabila mereka memuat naik video.

    Video yang paling kreatif di Instagram atau Twitter yang menunjukkan pengalaman mereka menggunakan fungsi ‘One-Tap Fuelling’ berserta dengan tag @setel dan tanda pagar #SetelOneTapFuelling. Dalam masa terdekat, pengguna Setel juga akan dapat menetapkan jumlah bahan api pilihan mereka sama ada dengan liter atau tangki penuh.

    Halaman utama menyediakan ciri ‘Pengisian Satu Sentuhan’. Sebarang kaedah pembayaran pilihan boleh dipraset termasuk CardTerus untuk pembayaran terus melalui kad debit atau kredit serta Setel Share.

    Anda kini boleh memuat turun versi terkini aplikasi Setel secara percuma pada iOS dan Android melalui Apple Store, Google Play Store serta Huawei AppGallery. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured