More

    Ciri pengesanan “Sleep Apnea” kini tersedia di Malaysia untuk siri Galaxy Watch

    Samsung Malaysia hari ini mengumumkan ketersediaan ciri pengesanan Sleep Apnea pada jam tangan pintar siri Galaxy Watch yang menjadikannya antara peranti boleh pakai pertama di Malaysia yang mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan (MDA) untuk fungsi pemantauan apnea tidur.

    Ciri tersebut dibangunkan melalui aplikasi Samsung Health Monitor dan direka untuk membantu pengguna mengenal pasti tanda awal apnea tidur sederhana hingga teruk dengan mengesan corak pernafasan semasa tidur. Ia kini boleh digunakan di Malaysia melalui kemas kini perisian pada model Galaxy Watch6 dan Galaxy Watch7 dan model baharu Galaxy Watch Ultra.

    Samsung menjelaskan bahawa ia sebelum ini telah diluluskan oleh badan peraturan di beberapa negara termasuk FDA (Amerika Syarikat), MFDS (Korea Selatan), TGA (Australia), HSA (Singapura) dan Health Canada yang membuktikan ketepatan serta kebolehpercayaannya untuk kegunaan pengguna umum.

    Untuk analisis tepat, pengguna perlu memakai jam ketika tidur sekurang-kurangnya empat jam bagi dua malam berturut-turut, bagi membolehkan sistem mengenal pasti tanda-tanda apnea tidur. Melalui maklumat ini, pengguna boleh mendapatkan saranan profesional untuk pemeriksaan lanjut bagi memastikan rawatan yang sesuai.

    Sempena pengenalan rasmi, Samsung turut menawarkan rebat dan hadiah eksklusif bagi pembelian siri Galaxy Watch terpilih hingga 31 Oktober 2025. Antara tawaran termasuk Galaxy Watch Ultra (RM3,299) dengan bundle Galaxy SmartTag2, pengecas 15W, power bank 10,000mAh, potongan 30% untuk tali jam terpilih dan rebat trade-in sehingga RM250.

    Model lain seperti Galaxy Watch7 (Bluetooth) dan Watch7 (LTE) turut menerima diskaun tunai serta pilihan bundle khas melalui Samsung Online Store dan rakan runcit terpilih di seluruh negara. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan fungsi terbaharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...