More

    Clicks Communicator rasmi dengan “keyboard” fizikal dan Android 16 bermula ~RM1,622

    Clicks Technology secara rasmi memperkenalkan Clicks Communicator iaitu sebuah telefon pintar Android yang direka khusus untuk komunikasi dan produktiviti dengan pendekatan berbeza daripada telefon pintar arus perdana yang menekankan hiburan dan media sosial.

    Peranti ini merupakan telefon berdikari sepenuhnya, bukan aksesori atau sarung tambahan dan boleh digunakan sama ada sebagai telefon utama atau peranti kedua bagi pengguna yang mahukan pengalaman penggunaan lebih fokus. Clicks Communicator menjalankan Android 16 dan menyokong kemas kini sekuriti jangka panjang.

    Antara ciri utama telefon ini ialah keyboard QWERTY fizikal terbina dalam yang turut menyokong input sentuhan untuk navigasi dan tatalan. Ia turut dilengkapi Prompt Key yang boleh diprogramkan dan lampu Signal LED untuk notifikasi visual. Clicks Communicator hadir dengan skrin AMOLED 4.03 inci beresolusi 1080 × 1200, kamera belakang 50MP dengan OIS, kamera hadapan 24MP serta bateri 4,000mAh berasaskan teknologi silikon-karbon.

    Ia menyokong 5G, Wi-Fi 6, Bluetooth, NFC, Nano-SIM dan eSIM selain storan dalaman 256GB dengan sokongan kad microSD sehingga 2TB. Telefon ini turut mengekalkan bicu audio 3.5mm dan menyokong Qi2 wireless charging melalui USB-C. Clicks membuka tempahan global untuk peranti ini dengan harga promosi awal USD399 (~RM1,622) manakala harga runcit biasa disenaraikan pada USD499 (~RM2,029).

    Setiap tempahan memerlukan deposit USD199 (~RM 809) dan penghantaran dijangka bermula dalam tahun ini bergantung kepada jadual pengeluaran. Clicks Communicator dijual dalam keadaan unlocked dan menyokong jalur rangkaian global. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured