More

    Clubhouse akan luaskan perkhidmatannya kepada Android seluruh dunia pada minggu ini

    Aplikasi perkongsian audio Clubhouse yang popular di iOS sejak awal tahun telah pun diperkenalkan untuk pengguna Android di Amerika Syarikat (AS) bermula awal bulan ini. Kini, pengguna Android di seluruh dunia boleh menjangkakan aplikasi tersebut untuk hadir ke dalam platofrm mereka pada minggu ini.

    Menurut sumber, Clubhouse untuk Android akan diperkenalkan di Brazil, Jepun dan Rusia pada 18 Mei, India dan Nigeria pada 21 Mei serta di seluruh dunia bermula 22 Mei. Seperti yang telah pun dilancarkan untuk pengguna Android di AS, versi yang dilancar pada minggu ini akan dilancar sebagai ujian beta (beta testing) dan bukanlah pelancaran aplikasi sepenuhnya.

    Clubhouse kini perlu bersaing dengan syarikat media sosial besar yang telah pun melancarkan perkhidmatan serupa dengannya, seperti Twitter Spaces dan Facebook Hotline.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Clubhouse untuk Android dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: TechCrunch

     

    Artikel Terkini

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Acer Swift Air 14 rasmi di Malaysia dengan Intel Core 7 350, berat 1.19kg...

    Acer Malaysia secara rasmi membawa masuk komputer riba baharu Acer Swift Air 14 ke pasaran tempatan. Model nipis dan ringan ini ditawarkan...

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured