More

    Clubhouse kini aplikasi media sosial nombor 1 di Malaysia

    Sejak awal tahun ini, aplikasi media sosial Clubhouse mendapat perhatian yang amat meluas di Malaysia dan seluruh dunia. BBC melaporkan aplikasi tersebut mencapai kadar muat turun yang lebih tinggi sebanyak dua kali ganda pada 1 hingga 16 Februari, iaitu sebanyak 8.1 juta muat turun berbanding 3.5 juta pada dua minggu sebelumnya.

    Walaupun ini bukanlah bermakna terdapat 8.1 juta pengguna aktif untuk aplikasi tersebut, anggaran kasar mengatakan jumlah pengguna aktif adalah seramai 6 juta orang. Bilangan pengguna di Malaysia pula masih belum dikenal pasti namun ia sudah pun berada pada tangga teratas dalam carta aplikasi paling popular.

    Apa yang membuatkan ini satu pencapaian yang menarik adalah Clubhouse bukannya sebuah aplikasi yang boleh dimuat turun oleh semua orang. Untuk memuat turun, pengguna yang berminat perlu mendapatkan jemputan daripada seorang pengguna Clubhouse sedia ada. Walaupun dengan kekangan ini, ia berjaya mendapat jutaan muat turun dalam masa yang singkat.

    Turut menyumbang kepada populariti aplikasi tersebut adalah penglibatan beberapa tokoh terkenal seperti Elon Musk, Mark Zuckerberg dan beberapa pelakon. Malah, syarikat media sosial lain seperti Facebook dan Twitter juga dilaporkan sedang membangunkan fungsi mirip Clubhouse dalam perkhidmatan mereka.

    Jika anda masih tidak mengetahui apakah itu Clubhouse, anda boleh baca artikel pengenalannya di sini.

    Adakah anda salah seorang pengguna Clubhouse? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Diterjemahkan daripada TechNave

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured