Pada hari ini, aplikasi Clubhouse akhirnya tiba di negara Malaysia. Semua pengguna Android di Malaysia sudah boleh memuat turut aplikasi sosial media hangat ini di Google Play Store secara percuma.
Seperti yang dijangka, anda masih memerlukan jemputan (invitation) jika anda ingin menggunakannya. Namun begitu, anda boleh mendaftar dahulu nama pengguna sebelum kawan anda datang menjemput.
Jika anda tidak tahu, aplikasi Clubhouse mula menjadi popular pada awal tahun ini tetapi ianya terhad kepada pengguna iOS sahaja.
Clubhouse adalah sebuah aplikasi yang menawarkan paltform untuk pengguna menyertai perbincangan, temu bual dan lebih lagi. Aplikasi ini mula menarik lebih banyak pengguna apabila ramai artis dan tokoh antarabangsa mula membuka sesi perbualan di dalam Clubhouse.

Dari muka hadapan aplikasi ini, ia dilihat masih mempunyai pepijat dan pihak Clubhouse kini sedang melakukan sentuhan akhir. Jadi, adakah anda bakal memuat turun aplikasi ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.






