More

    CMF Buds 2 dilancar dengan ANC, bateri sehingga 55 jam dan ChatGPT, berharga ~RM260

    Sementara menantikan ketibaan Phone 2, CMF secara rasmi telah memperkenalkan fon telinga CMF Buds 2 pada laman sesawang antarabangsa mereka. Walau bagaimanapun, produk ini masih belum tersenarai pada laman rasmi Malaysia buat masa ini.

    Berdasarkan maklumat awal, rekaan CMF Buds 2 dilaporkan tidak jauh berbeza dengan model fon telinga CMF yang lain termasuk reka bentuk bekas pengecasnya. Ia menampilkan pemacu tersuai bersaiz 11mm disertakan dengan sistem bunyi Dirac Opteo dan teknologi bass terkini Nothing Ultra Bass Technology 2.0.

    Fon telinga ini menyokong sambungan Bluetooth 5.4, sambungan dwi-peranti termasuk sokongan Google Fast Pair dan Microsoft Swift Pair untuk sambungan pantas serta lancar. Bagi pembatalan bunyi aktif (ANC), CMF Buds 2 mampu mengurangkan bunyi sehingga 48dB yang merupakan pencapaian terbaik untuk model bukan “pro”.

    Tambahan, ia boleh menyesuaikan tahap pembatalan bunyi secara masa nyata untuk julat frekuensi sehingga 5,200Hz menerusi sistem ANC hibrid. CMF Buds 2 turut dilengkapi teknologi Clear Voice, sokongan audio spatial dan setiap fon telinga mempunyai tiga mikrofon. Ia boleh bertahan sehingga 13.5 jam dengan satu cas penuh dan sehingga 55 jam dengan bekas pengecas.

    Bekas pengecas juga mempunyai penarafan IPX2 (tahan percikan air) manakala fon telinga mendapat penarafan IP55 (tahan debu dan air). CMF Buds 2 hadir dalam tiga pilihan warna iaitu Light Green, Dark Grey dan Orange. Di pasaran Amerika Syarikat, ia dijual pada harga $59 (~RM260) namun tiada pengumuman rasmi lagi untuk pasaran Malaysia.

    Sama-sama nantikan pengumuman daripada Nothing Malaysia mengenai tarikh ketibaan rasmi CMF Buds 2 ke negara ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan CMF Buds 2 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Nothing

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...