More

    CMF by Nothing akan lancarkan Headphone Pro pada 29 September 2025

    Selepas Nothing melancarkan Nothing Headphone (1) sebagai fon kepala pertama daripadanya, kini Nothing akan melancarkan sebuah fon kepala mampu milik di bawah jenama CMF iaitu CMF Headphone Pro. Ia akan dilancar pada 29 September 2025 (hari ini) dan bakal menjadi fon kepala pertama oleh CMF.

    CMF telah pun berkongsi beberapa gambar dan video yang menunjukkan rekaan fon kepala itu secara ringkas. Ia bakal ditawarkan dalam dua warna iaitu jingga dan putih.

    Ia juga mempunyai fungsi pembatalan hingar (noise cancellation) dan bateri yang mampu tahan sehingga 100 jam. Besar kemungkinan, hayat bateri 100 jam itu hanya boleh dicapai apabila pembatalan hingar dimatikan. Sebagai rujukan, Nothing Headphone (1) boleh memainkan muzik sehingga 35 jam sahaja apabila pembatalan hingar diaktifkan.

    Fon kepala ini turut mempunyai pelbagai ciri-ciri fizikal yang serupa dengan Nothing Headphone (1) seperti butang gelongsor (slider), roda kawalan volume dan bicu audio 3.5mm.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured