More

    CMF by Nothing bakal lancarkan Neckband Pro dan Buds baharu

    Nampaknya, bukan sahaja telefon pintar Nothing (2a) yang akan dilancarkan. CMF by Nothing juga akan ikut serta melancarkan produknya iaitu Neckband Pro dan Buds. Berdasarkan oleh CMF, kedua-dua produk tersebut akan membawa reka bentuk yang mengagumkan.

    Namun, tarikh pelancaran masih tidak diberitahu dan hanya dinyatakan sebagai “Akan Datang”. Kami menjangka ia akan membuat penampilannya sebelum bulan Februari ini berakhir. Untuk Buds, ia mungkin menggantikan Buds Pro yang dilancarkan di Malaysia pada September tahun lepas manakal Neckband Pro masih tidak diketahui fungsinya kerana tiada butiran yang didedahkan.

    Untuk pengetahuan anda, Buds Pro merupakan fon telinga wayarles yang menawarkan fungsi pembatalan hingar aktif hibrid (hybrid ANC) sehingga 45dB dan mempunyai enam mikrofon dengan teknologi Clear Voice Technology. Baterinya menawarkan pengunaan sehingga 11 jam dan sehingga 39 jam dengan bekas pengecas (jika ANC ditutup).

    Kami mengharapkan harga Buds baru ini sekitar RM250 dan ke bawah sepadan dengan model pendahulunya. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...