More

    CMF by Nothing bakal lancarkan Watch Pro dan Buds Pro pada 26 September 2023

    Nothing akan melancarkan sub-jenamanya yang dipanggil “CMF by Nothing” pada 26 September 2023 menawarkan rangkaian produk. Barisan ini termasuk Watch Pro, sepasang fon telinga TWS dipanggil Buds Pro dan pengecas GaN (gallium nitride) 65W.

    Watch Pro menampilkan paparan AMOLED 1.96 inci dengan lebih 600 nits kecerahan, sarung aloi aluminium serta dimensi 46.9 x 39.87 x 11.4 mm dan seberat 31.1 gram. Paparan jam tangan pintar ini menawarkan kadar segar semula 50Hz dan sokongan paparan sentiasa hidup.

    Spesifikasi lain termasuk sambungan Bluetooth 5.3, panggilan suara dengan pengurangan hingar AI, kalis air dan habuk IP68, pelbagai muka jam, mod sukan, GPS dan alat pemantauan kesihatan. Baterinya berkapasiti 330mAh menawarkan sehingga 13 hari penggunaan tanpa AOD.

    Kemudian, CMF oleh Nothing Buds Pro akan menawarkan Hybrid ANC 45dB, pemacu dinamik 10mm dan tiga mikrofon pada setiap fon telinga. Sepasang fon telinga memberi kuasa bateri pada 110mAh di mana 55mAh pada setap satu. Ia menyediakan main balik muzik selama 11 jam dengan ANC dimatikan, manakala sarungnya menempatkan bateri 460mAh untuk pengecasan pantas.

    Fon telinga ini mempunyai penarafan IP54 untuk kalis habuk dan air dan dijangka akan dilancarkan secara rasmi minggu depan. Namun, adakah ia akan dibawa ke pasaran global?

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured