More

    CMF by Nothing tiba di Malaysia, lancarkan Buds Pro, Watch Pro dan pengecas 65W bermula RM189

    Pada bulan lalu, Nothing menubuhkan sebuah sub-jenama yang khas untuk peranti yang dijual pada harga mampu milik iaitu CMF By Nothing. Kini jenama itu sudah tiba dalam pasaran Malaysia dengan menawarkan tiga produk menarik iaitu fon telinga wayarles CMF Buds Pro, jam tangan pintar CMF Watch Pro dan pengecas CMF Power 65W GaN Charger.

    Semua produk CMF By Nothing boleh dibeli di Malaysia bermula 10 Oktober 2023. Berikut adalah maklumat lanjut untuk setiap produk oleh jenama baharu ini:

    CMF Buds Pro

    Fon telinga wayarles ini menawarkan fungsi pembatalan hingar aktif hibrid (hybrid ANC) sehingga 45dB untuk mengurangkan bunyi bising di sekeliling pengguna. Ia turut mempunyai enam mikrofon dengan teknologi Clear Voice Technology untuk rakaman suara yang jelas sewaktu membuat panggilan telefon.

    Untuk kualiti audio, ia dilengkapi pemacu Dynamic Bass Boost dengan teknologi Ultra Bass untuk penghasilan bass yang jelas. Rekaan luarannya pula ditawarkan dalam warna kelabu gelap, kelabu muda atau oren.

    Baterinya menawarkan pengunaan sehingga 11 jam dan jika digabungkan dengan bateri dalam bekas pengecas, ia boleh bertahan sehingga 39 jam (jika ANC ditutup). Pengecasan selama 10 minit sudah cukup untuk penggunaan selama lima jam.

    Anda boleh laraskan pelbagai tetapan seperti tahap ANC, equaliser dan Low Lag Mode dengan aplikasi Nothing X. CMF Buds Pro akan dijual pada harga RM239.

    CMF Watch Pro

    Jam tangan pintar ini dilengkapi skrin AMOLED berukuran 1.96 inci dengan resolusi 410×502, kadar segar semula 58Hz dan boleh menjana kecerahan 600+ nits untuk penggunaan yang agak selesa walaupun sewaktu berada di bawah cahaya matahari terik.

    Ia turut menawarkan 110 mod sukan untuk menjejak aktiviti sukan anda serta sensor yang boleh meneliti tahap oksigen dalam darah, tahap stres, kualiti tidur dan penghidratan. Ia mempunyai sistem pengemudian GPS untuk menjejak kemajuan anda sewaktu bersenam.

    "
    "

    Baterinya berkapasiti 340mAh yang menawarkan penggunaan sehingga 13 hari. Rekaannya ditawarkan dalam pilihan warna kelabu Metallic Grey + tali jam oren, kelabu gelap Dark Grey + tali jam kelabu Dark Grey dan kelabu gelap Dark Grey + tali jam kelabu Ash Grey. Ia juga mempunyai rating kalis air IP68, bermaksud ia masih boleh digunakan walaupun bawah hujan lebat.

    Jam ini turut dilengkapi pembesar suara dan mikrofon dalaman untuk bantu anda membuat panggilan telefon. CMF Watch Pro akan dijual pada harga RM339.

    CMF Power 56W GaN Charger

    Pengecas 65W ini mempunyai dua port USB-C dan satu port USB-A. Ia dilengkapi teknologi gallium nitride (GaN) untuk penggunaan tenaga yang cekap sewaktu mengecas serta pelesapan haba yang lebih tinggi.

    CMF mengatakan pengecas ini boleh mengecas Nothing Phone (2) (kapasiti 4,700mAh) daripada 0% kepada 50% dalam masa 25 minit sahaja. Ia menyokong pelbagai protokol pengecasan pantas termasuklah PD3.0, QC4.0+/3.0/2.0, SCP, FCP, PPS, AFC, Samsung 9V2A, DCP dan Apple 2.4A, serta boleh digunakan dalam julat voltan 100-240V yang bermaksud ia boleh digunakan di mana-mana negara.

    CMF Power 56W GaN Charger akan dijual pada harga RM189.

    Semua produk CMF By Nothing untuk pasaran Malaysia akan dijual secara eksklutif dalam Lazada. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan jenama baharu ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Acer perkenal 3 tablet Iconia Duo di Computex 2026 — Skrin OLED 14.2”, bateri...

    Acer mengumumkan tiga tablet baharu dalam siri Iconia Duo berasaskan Android di Computex 2026 yang menyasarkan pengguna profesional yang memerlukan peranti mudah...

    HUAWEI nova 15 Max dilancar di Malaysia dengan bateri 8,500mAh berharga RM1,699

    HUAWEI Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan nova 15 Max yang memfokuskan kepada ketahanan bateri, paparan besar dan ciri ketahanan tambahan untuk kegunaan...

    OPPO dan vivo dilapor bangunkan kamera vlog sendiri, bakal cabar dominasi DJI

    Pasaran kamera vlog mudah alih yang didominasi oleh DJI mungkin bakal menjadi lebih sengit apabila dua pengeluar telefon pintar China, OPPO dan...

    Siri realme P4 rasmi di Malaysia: P4 Power 5G tampil dengan bateri 10,001mAh pertama...

    realme telah melancarkan siri P4 di Malaysia yang terdiri daripada tiga model iaitu realme P4 Power 5G, realme P4x dan realme P4...

    REDMI Headphones Neo, Buds 8 dan Watch 6 dilancar di Malaysia, bermula RM239

    Xiaomi hari ini mengumumkan pelancaran tiga peranti boleh pakai baharu di bawah sub jenama REDMI untuk pasaran Malaysia termasuk fon kepala over-ear...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...

    Ulasan vivo X300 Pro – Kamera ZEISS generasi baru untuk vivo!

    Dengan 2025 yang semakin hampir kepada penamatnya, vivo Malaysia tidak ketinggalan untuk melancarkan telefon pintar flagship generasi seterusnya dengan melancarkan vivo X300...