More

    CMF Phone 1 kini dijual dengan promosi khas untuk sarung belakangnya

    Nothing Malaysia kini sedang menganjurkan promosi khas untuk telefon pintar kelas pertengahan CMF Phone 1. Jika anda membeli telefon tersebut dan sarung CMF Phone Case (berjumlah RM1,198), anda akan menerima baucar percuma bernilai RM120 untuk menghiaskan sarung belakang tersebut dengan seni Fluid Art.

    Promosi ini boleh didapati dalam laman CMF by Nothing atau pengedar-pengedar sah di Lazada dan Shopee, selagi stok masih ada.

    CMF Phone 1 merupakan telefon pintar pertama daripada jenama CMF by Nothing sebagai telefon yang mampu milik. Ia dilancar untuk pasaran Malaysia pada bulan Julai lalu dan ia dilengkapi spesifikasi seperti cipset MediaTek Dimensity 7300, skrin Super AMOLED 120Hz dan pengecasan pantas 33W.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan promosi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured