More

    CMF Phone 2 Pro kini tersedia untuk ditempah di Malaysia, berharga RM1,199

    Selepas beberapa minggu mengacah produk yang akan datang, CMF akhirnya bakal melancarkan secara rasmi Phone 2 Pro untuk pasaran Malaysia. Phone 2 Pro merupakan peranti paling nipis dan ringan yang pernah dihasilkan oleh Nothing setakat ini dengan ketebalan hanya 7.8mm dan berat 185 gram.

    Menurut CMF, ia 5% lebih nipis berbanding model sebelumnya dan kini hadir dengan keliling kamera aluminium, skru keluli tahan karat yang dinaik taraf dan ketahanan air IP54. Phone 2 Pro dikuasakan cip MediaTek Dimensity 7300 Pro 5G yang menawarkan 10% prestasi pemprosesan lebih pantas dan 5% grafik lebih baik berbanding pendahulunya.

    Spesifikasi sorotan lain termasuk bateri berkapasiti 5,000mAh, skrin AMOLED 6.77 inci yang menyokong HDR dan Ultra HDR, kecerahan puncak sehingga 3,000 nits, kadar pensampelan sentuhan 1,000Hz serta kadar segar semula adaptif 120Hz.

    Untuk kamera, ia dilengkapi sistem tiga kamera belakang yang terdiri daripada kamera utama 50MP, kamera ultra lebar 8MP dan lensa telefoto dengan enam lapisan kanta yang membolehkan zum digital sehingga 20x manakala kamera swafoto menggunakan sensor 16MP.

    Phone 2 Pro juga menawarkan dengan pelbagai aksesori baharu seperti Universal Cover, Lensa Boleh Tukar (Fisheye dan Macro) dan Wallet/Stand untuk meningkatkan fungsi peranti. Selain itu, peningkatan ketara daripada model terdahulu termasuk sokongan NFC terbina dalam.

    Phone 2 Pro boleh mula dipra-tempah bermula 29 April 2025 dan jualan terbuka akan bermula pada 6 Mei 2025 menerusi laman rasmi nothing.tech dan rakan runcit terpilih. Ia akan ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu jingga, putih dan hitam dengan memori RAM 8GB dan storan 256GB pada harga RM1,199.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan CMF Phone 2 Pro dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured